4 Perbezaan Antara Lelaki dan Wanita


Islam begitu menjaga dan mengangkat martabat kaum wanita dengan menjadikan mereka pendidik kepada generasi mendatang. Kebahagian dan ketenteraman masyarakat bergantung kepada keelokan mereka dan begitu juga kerosakan serta kecelaruan dalam masyarakat diakibatkan oleh kerosakan wanita. Ini adalah disebabkan oleh tugas mereka di dalam mengurus urusan rumahtangga iaitu yang paling utama mendidik anak-anak yang merupakan anggota kepada masyarakat ke arah mewujudkan kestabilan dan keamanan sesebuah negara. Kemuliaaan yang dianugerahkan oleh Islam kepada kaum wanita menyebabkan ia mengadakan hukum dan syariat yang khusus untuk mereka. Tetapi ada juga musuh Islam yang cuba menimbulkan perasaan syak wasangka serta memburukkan sistem Islam yang adil berkenaan kaum wanita yang mana mereka cuba mengajak ke arah kebebasan daripada ikatan agama dengan menyatakan bahawa Islam meletakkan kaum wanita pada taraf yang rendah. Ramai wanita terutama yang kurang memahami Islam terpengaruh dengan dakyah sesat ini. Di sini akan dicoretkan mengenai 4 perbezaan antara kaum lelaki dengan wanita sebagaimana yang digariskan oleh Allah dalam al-Quran. Perbezaan ini bukan bermaksud dari segi kedudukan dan martabat tetapi berdasarkan kepada beberapa perkara yang mana ia mampu dimiliki oleh lelaki. Namun begitu Islam tidak terus menyisihkan hak kaum wanita terhadap perkara itu. Pertama : Penyaksian (syahadah) Dalam masalah penyaksian ini Islam telah menetapkan supaya dibawa 2 orang lelaki. Jika gagal berbuat demikian maka hendaklah di bawa saksi sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah dalam ayat 282 surah al-Baqarah yang bermaksud : ….maka (boleh) seorang lelaki dan 2 perempuan dari saksi-saksi yang kamu redhai….. . Ini bukan kerana untuk merendahkan martabat atau kedudukan kaum wanita tetapi disebabkan oleh sifat fitrah yang ada pada kaum wanita yang mana ada sedikit sifat kurang mengambil berat atau serius dalam masalah jenayah, jual beli mahu pun hutang. Mereka kerap kali tidak mengambil berat atau pun mudah lupa kepada perkara tersebut disebabkan terlalu sibuk dalam mendidik dan mengasuh serta mengurus rumah tangga dan sebagainya. Ditambah pula dengan masalah mengandung, haidh, nifas dan perkara yang seumpamanya yang menyuebabkan mereka terpaksa memerlukan seorang yang lain sebagai pembantu di dalam penyaksian ke arah menetapkan yang hak dan menghindari kezaliman. Ini difahamkan daripada sambungan ayat 282 surah al-Baqarah di atas yang bermaksud :…supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya…. . Penyaksian kaum wanita diterima oleh Islam dan tidak pernah menafikan hak mereka dengan syarat mestilah penyaksian seorang wanita disertakan dengan seorang wanita yang lain sebagai pemberi peringatan antara keduanya apabila lupa demi menjamin keadilan serta menghindari sebarang kezaliman akibat daripada kesilapan. Kedua : Pembahagian harta pusaka (mirath) Firman Allah dalam ayat 11 surah an-Nisa’ yang bermaksud : ….iaitu bagi seorang anak lelaki sama dengan bahagian untuk 2 orang anak perempuan….. . Ini bukan bermakna Islam mengurangkan serta menafikan keadilan dalam pembahagian harta pusaka(mirath) tetapi Islam tetap mewarisi harta pusaka kepada kaum wanita. Cuma pewaris lelaki mewarisi harta pusaka sekali ganda lebih daripada kaum wanita kerana lelaki menanggung tanggungjawab dalam memberi nafkah kepada ahli keluarga, membayar mahar dalam perkahwinan dan beberapa lagi kewajipan yang terpikul di atas bahu kaum lelaki berbanding dengan kaum wanita yang mana tidak mempunyai tanggungjawab sebagaimana tersebut. Perbezaan ini adalah adil kerana diukur dari segi tanggungjawab antara kaum lelaki dengan wanita bukannya berdasarkan kepada ukuran jantina semata-mata dan juga bertujuan untuk mengurang hak wanita serta meletakkan mereka ditaraf yang rendah.Dalam Islam tiada amalan kasta dan perbezaan taraf antara manusia. Mereka sama sahaja di sisi Allah melainkan mereka yang bertaqwa yang mana golongan ini ditinggikan martabat mereka oleh Allah. Ketiga : Ketua negara dan Kepimpinan(al-Imarah) Antara sifat dan kelayakan yang mesti ada pada diri ketua negara atau amir mengikut Islam adalah mampu menjadi imam dalam solat dan panglima dalam peperangan yang mana kelayakn ini hanya mampu dimiliki oleh kaum lelaki. Kaum perempuan dengan sifat badannya yang lemah dan sifat fitrahya yang lemah lembut serta terpaksa menghadapi masa hamil bagi mereka yang sudah berkahwin. Ini ditambah pula dengan keadaan yang mana kaum wanita tidak boleh menjadi imam dalam solat jemaah yang umum kerana akan membawa kepada fitnah. Dalam Islam juga kebanyakan tindak tanduk kaum wanita bergantung kepada kebenaran samada daripada ayah atau pun wali mereka serta suami bagi mereka yang sudah berkahwin. Keempat : Talak Suami merupakan orang yang diwajibkan untuk membayar mahar dalam perkahwinan dan juga memberi nafkah kepada isteri walau pun isterinya seorang yang berada. Suami juga wajib membayar nafkah kepada isteri yang telah dicerai selagimana berada dalam iddah. Suami pada fitrahnya lebih stabil dan tenang serta lebih sabar daripada isteri apabila menghadapi sebarang perkara yang dibenci. Suami tidak terlalu cepat melafazkan talak kerana kemarahannya jarang berada ditahap yang maksima. Jika hak dalam melafazkan talak diberikan kepada suami dan isteri, akan menyebabkan masalah perceraian yang teruk dan serius sebagaimana yang berlaku di negara-negara barat. Oleh sebab itu, Islam hanya memberi hak kepada suami sahaja dalam masalh talak. Talak pada banyak keadaan memberi nikmat dan kemuliaan kepada kaum wanita yang mana ia mampu meleraikan masalah kehidupan yang derita atau pun menjauhi daripada kezaliman suami yang tidak bertanggungjawab atau tidak berlaku adil. Ia juga mampu menjauhkan wanita daripada suami yang kurang mengambil berat mengenai masalah agama atau pun masalah campur tangan keluarga kedua belah pihak dalam masalah rumahtangga mereka atau pun masalah yang menyebabkan perlunya berlaku perceraian. Islam telah menggariskan masalah talak dalam beberapa peringkat sebagaimana ayat 229 surah al-Baqarah yang bermaksud : Talak itu dua kali, maka peganglah ia dengan baik atau pun melepaskannya dengan belas kasihan. Dalam masalah ini menejelaskan kepada kita bahawa seseorang suami boleh merujuk kembali kepada isterinya jika dia talak untuk yang pertama dan kedua tetapi seseorang suami tidak boleh lagi merujuk semula pada isterinya jika dia menceraikannya dengan tiga talak sehinggalah isterinya tadi mengahwini lelaki yang lain dan kemudiannya diceraikan oleh suaminya yang baru itu. Semoga dengan sedikit penjelasan ini mampu memberi kita pengetahuan mengenai hikmat dan sebab mengapa Islam melebihkan kaum lelaki dalam beberapa sudut dan segi daripada kaum wanita. Ia bukanlah untuk merendahkan martabat kaum wanita tetapi membezakan antara tugas dan tanggungjawab sahaja yang mana kaum lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih berat dan baykan berbanding kaum wanita. Kita janganlah terpengaruh dengan dakyah sesat daripada kuffar durjana yang mendakwa dalam Islam ada kasta serta Islam meletakkan wanita pada tahap yang rendah dan hina. ________________________________________ Bibiografi 1. Al-Quranul Karim 2. Majalah Manarul Islam

About these ads
Comments
2 Responses to “4 Perbezaan Antara Lelaki dan Wanita”
  1. M.Suhadi berkata:

    Berdasarkan kepada perbezan taraf di atas, apakah batasan-batasan kaum wanita terutamanya dalam mencampuri urusan hal-ehwal pentadbiran masjid/surau.
    Terima. kasih

  2. M.Suhadi berkata:

    1. Apakah syarat sah makmum perempuan mengikut imam lelaki?
    2. Tirai penghadang antara jemaah lelaki dan perempuan perlu dibuka sekadar seorang boleh lalu ketika solat. Dibahagian manakah ia perlu dibuka. Ditengah atau dikiri?
    3. Apa hukum solat jemaah bagi makmum perempuan yang tidak membuka tirai seperti di atas ketika solat.
    4. Dalam hal ini dimanakah keutamaan wanita solat , samada dirumah atau dimasjid sekiranya tidak aman daripada fitnah.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 9,700 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 9,700 other followers

%d bloggers like this: