Cerita Ulama’ guna waktu dan ilmu


Ibn al-Jauzi Menulis.

Beliau juga menceritakan beberapa kisah para ulama di zamannya yang begitu mengambil berat tentang masalah ilmu dan waktu. Antaranya ialah Kata-kata al-Fadhil bin Iyadh: Aku lebih mengetahui siapa yang menghitung percakapannya dari hari jumaat ke hari jumaat yang seterusnya (siapa yang mensia-siakan dan memanfaatkan masa).

Berikutnya, dia membicarakan tentang satu kaum yang pergi meziarahi seorang ahli ibadah (salafiah) seraya berkata: Barangkali kami telah mengganggu waktumu? Jawab nya: Memang benar, tadi aku sedang membaca, sekarang aku tinggalkan bacaan tersebut kerana ingin melayan kamu !!

Seterusnya kisah sekumpulan manusia yang datang menziarahi Maaruf al-Karkhi, oleh kerana mereka dilayan dengan baik, mereka tidak menyedari tempoh yang diambil adalah terlalu lama. Lalu Maaruf berkata: Sesungguhnya tuan matahari masih tidak mahu membenamkannya, tetapi bilakah kamu hendak beransur pulang.

Kisah yang lain pula, daripada Daud at-Tooie berkata: Aku sempat membaca lima puluh ayat semasa mengoyak dan memankan roti. Begitu juga Othman al-Baqillaani berkata: Ketika aku mengadap sarapanku, aku rasakan seolah-olah rohku akan terkeluar kerana aku melebihkan makan daripada berzikir.

Diriwayatkan daripada salah seorang ahli agama (salaf) menasihati sahabatnya dengan berkata: Apabila kamu keluar (dari majlis ilmu) nanti jangan kamu berjalan bersama (berkelompok), kerana apabila berkelompok kamu akan bercakap-cakap, lebih baik kamu berseorangan semoga kamu dapat membaca al-Quran dalam perjalanan.

Kisah Ibn al-Jauzi.

Setiap kali selepas mengasah penselnya, Ibn al-Jauzi akan mengumpul habuk tersebut di dalam satu bekas khusus. Apabila beliau jatuh sakit, beliau mewasiatkan agar habuk tersebut dijadikan bahan bakar untuk memasak air mandian mayatnya. Apabila beliau wafat, sahabat dan kerabat beliau melaksanakan wasiat yang ditinggalkan, ternyata habuk pensil tersebut sempat memanaskan air mandian mayatnya malah ianya masih berbaki sedikit.

Rutin Harian al-Maqdisi.

Beliau ialah al-Hafiz Abdul Ghani al-Maqdisi. Anak murid beliau meriwayatkan bahawa gurunya tidak pernah mensia-siakan masa dan usianya. Selepas solat Subuh beliau akan mengajar al-Quran dan Hadis kemudian dia akan solat Dhuha. Selepas itu beliau akan tidur sekejap menunggu masuknya waktu Zohor. Selepas solat beliau akan mendengar hafalan anak muridnya sehingga Maghrib.

Selepas menunaikan fardhu Isya’ beliau tidur dan bangun semula pada tengah malam untuk bertahajjud. Biasanya beliau akan memperbaharui wudhunya tujuh lapan kali semalaman kerana pada beliau sembahyang ketika air wudhu’ belum kering lebih terasa elok dan khusuknya. Sebelum azan subuh, beliau akan tidur sejenak.

Kisah ar-Razi.

Imam ar-Razi adalah seorang ahli tafsir yang terkemuka pernah berkata: Sesungguhnya aku sangat menyesali kerana tidak dapat mengulangkaji ilmu ketika makan, sesungguhnya masa dan usia itu amat mahal harganya.

Ibn Malik Menghafal Syair Semasa Menghadapi Mati.

Beliau adalah seorang ahli Nahu yang terkenal. Seorang yang banyak merujuk dan cepat menyemak. Beliau tidak akan menulis sesuatu tanpa merujuk kepada kitab asal. Para sahabatnya tidak pernah melihat beliau membuat perkara yang sia-sia, kecuali melihat beliau samada sedang solat ataupun membaca al-Quran ataupun mengarang ataupun membaca kitab.

Dan diantara perkara ajaib yang menandakan betapa beliau mengambil berat masalah ilmu dan waktunya iaitu apabila anak lelakinya datang melawat beliau masa sakitnya, bersama anak tersebut lapan bait (baris) syair, maka beliau meminta agar anaknya membaca syair-syair tersebut kemudian beliau menghafalnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, rahimahullah.

Seterusnya peristiwa ini mengiyakan kata pepatah : Setinggi mana gunung didaki kamu akan dapati apa yang kamu hajati. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 9,702 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 9,702 other followers

%d bloggers like this: