AMANAH ILMIAH


Konsep amanah ilmiah merupakan suatu perkara yang penting untuk dititik beratkan dalam kehidupan terutama sebagai golongan yang terpelajar. Ia tidak boleh dianggap perkara yang enteng dan mudah kerana tanpa mengamalkan konsep ini menyebabkan penyampaian dakwah dan maklumat yang diberikan akan menjadi keliru dan kabur. Di bawah ini ada dua dalil yang mana kedua-duanya merupakan antara dalil yang menekankan konsep amanah ilmiah.

Diolah semula daripada tulisan asal Ibn Din(graduan Jordan 1997)

1. Firman Allah dalam ayat 6 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.

2. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Cukuplah seseorang itu dikatakan pendusta bila ia menceritakan semua yang dia telah dengar.-Riwayat imam Muslim-

Kedua-dua nas ini menyatakan kepentingan kepentingan penerimaan dan pemindahan maklumat secara tepat, benar dan sekaligus menghindarkan sebarang penipuan dan pembohongan. Kita perlu sedar bahawa setiap apa yang diperkatakan oleh al-Quran menunjukkan ia adalah merupakan suatu perkara yang penting dalam menjamin kepentingan dan kemaslahatan.Ini adalah disebabkan semua perkara yang disyariatkan oleh Allah merupakan suatu yang mempunyai maslahat, sama ada berbentuk menolak kebinasaan ataupun menjamin kebaikan.

Dari sini juga, kita seharusnya berbangga kerana ia membuktikan kepada kita tentang kebenaran dan keagungan agama Islam yang kita sama-sama anuti ini. Kesyumulan Islam jelas meliputi serta merangkumi segenap ruang lingkup kehidupan daripada sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara.

Kepentingan kepada pengamalan konsep ini juga boleh kita lihat semasa peristiwa pengumpulan dan penulisan semula al-quran pada zaman Abu Bakar dan Uthman yang mana Abu Bakar hanya menerima ayat-ayat yang ada bersamanya dua orang saksi. Seterusnya penulisan hadis-hadis pada masa pemerintahan Umar Abdul Aziz tahun 99 Hijrah yang mana sekali lagi menyaksikan kepada kita bagaimana keadaan umat Islam pada masa itu begitu prihatin terhadap masalah dan konsep ini.

Melihat kepada perkembangan ilmu pengetahuan melaui penulisan buku-buku, majalah-majalah, internet, ceramah-ceramah dan sebagainya yang mana kita sepatutnya peka dan prihatin di dalam memastikan setiap maklumat yang berbentuk ilmiah atau akademik diterima dan disalurkan secara tepat tanpa ada di sana sebarang penyelewengan. Antara kaedah-kaedah yang perlu diberi perhatian di dalam permasalahan ini ialah :

1. Berhati-hati di dalam menerima bahan-bahan yang berbentuk kritikan kerana ia mungkin tidak benar.

2. Merujuk kembali sebarang petikan yang diambil oleh mana-mana penulis daripada buku rujukan yang lain bagi memastikan kesohihan maklumat.

3. Pastikan buku yang dibaca mengandungi nota kaki jika penulisnya mengambil maklumat daripada sumber lain.

4. Tidak memindah atau menyalurkan sesuatu maklumat yang mana belum dipastikan sama ada benar atau salah.

5. Amanah iaitu ketika menyandarkan sesuatu pendapat daripada seseorang ulama’ serta tidak mendakwa sesuatu yang bukan haknya.

6. Rasa bertanggungjawab terhadap semua karyanya.

Ilmu Mustolah Hadis dan Takhrij Hadis misalnya merupakan antara contoh dalam ilmu yang menyentuh mengenai konsep ini secara tidak langsung. Makna Takhrij Hadis sendiri ialah : menunjukkan di mana sesuatu hadis berada di dalam sumber-sumber yang asali serta menerangkan kedudukannya ketika perlu.

Meskipun untuk merealisasikan konsep Amanah Ilmiah ini tidaklah sampai ke tahap mengambil manhaj atau kaedah ahli-ahli hadis di dalam menentukan kesohihan sesuatu hadis, namun matlamat dan objektifnya adalah sama iaitu menjamin sistem penyaluran maklumat seterusnya menjaga kesucian agama Islam.

Ramai orag yang memperkatakan tentang kepentingan konsep Amanah Ilmiah ini, tetapi dalam masa yang sama mereka lupa satu lagi amanah yang mesti ditrunaikan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah mengenai sejauh mana seseorang itu amanah di dalam mengamalkan ilmu dan pengetahuan yang dimilikinya. Ramai mereka yang mampu bercakap mengenai sesuatu tetapi tidak ramai yang mampu mengotakannya. Kedua-dua jenis amanah ilmiah ini tiada bezanya seolah-olah tiada noktah pemisah anatara satu sama lain. Sekiranya yang pertama tadi menjamin terpeliharanya syariat Islam, kehidupan manusia sejagat dan sistem penerimaan-penyaluran maklumat, begitu juga amanah dalam ertikata yang kedua amat penting untuk menjamin kebahagiaan di akhirat kelak. Kita perlu sedar bahawa tujuan kita diciptakn oleh Allah adalah untuk beribadat sebagaimana maksud ayat 56 surah Az-Zariyat : Dan(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Al-Quran juga sentiasa mengaitkan antara anatara iman dan amal dalam kebanyakan ayatnya. Apabila kita telah beriman beerti kita telah menerima satu manah daripada Pencipta alam ini. Kewajipan kita adalah melaksana serta mengamalkan amanah dan ilmu yang kita miliki atau perolehi sebagai bukti keimanan kita kepada Allah. Apa ertinya syariat yang Allah anugerahkan kepada kita kalau ianya dibiarkan begitu sahaja yang mana hanya sekadar berada pada kotak pemikiran dan tersuimpan di dada para ulama’. Janganlah kita mengikut jejak langkah Bani Israel yang menyeleweng yang mana mereka telah merubah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi yangb terdahulu. Mereka juga meninggalkan segala yang termaktub dalam kitab-kitab itu sedangkan mereka mengetahui tentang kebenarannya. Akhirnya Allah menarik kembali kuasa kekhalifahan dan kemuliaan mereka di atas muka bumi ini. Sebagai buktinya bagaimana selepas hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah, tiada lagi kalimah Bani Israel di dalam Al-Quran(surah madaniah) lalu digantikan dengan dengan kalimah Al-Yahudi.

Akhirnya marilah kita sama-sama berganding bahu dalam mempertahankan kehormatan dan maruah ilmu pengetahuan melalui kesedaran, kefahaman seterusnya merealisasikan konsep Amanah Ilmiah yang mana sekaligus menjamin kesucian Islam dengan penuh rasa tanggunggjawab dan ikhlas.

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 12,845 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 12,845 other followers

%d bloggers like this: